Wednesday 30 November 2011

FRASA NAMA 1

Frasa Nama

1.1 Pengenalan

Frasa nama (FN) adalah antara empat kategori frasa yang terdapat dalam bahasa Malaysia. Ia mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis.

1.2. Definisi

FN ialah panggilan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak, baik dalam bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina. Ia mungkin terdiri daripada satu patah perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan.

1.3 Ciri-ciri

FN boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan. Contoh FN yang didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan ialah (1) yang berikut.

(1) a. Seorang pelajar.
b. Tiga ekor kucing.
c. Sepuluh buah rumah.

Dalam (1), FN “pelajar” (1a), “kucing” (1b) dan “rumah” (1c) masing-masing didahului oleh kata bilangan “se”, “tiga” dan “sepuluh”, dan penjodoh bilangan “orang”, “ekor” dan “buah”.

Ciri lain FN ialah ia boleh diikuti oleh kata tunjuk. Contoh FN yang diikuti oleh kata tunjuk ialah (2) yang berikut.

(2) a. Pelajar itu.
b. Tiga ekor kucing ini.
c. Sepuluh buah rumah itu.

Dalam (2), FN “pelajar” (2a), “tiga ekor kucing” (2b) dan “sepuluh buah rumah” (2c) masing-masing diikuti oleh kata tunjuk “itu” dan “ini”.

Mengenai kehadiran kata bilangan, penjodoh bilangan dan kata tunjuk ini, tiga perkara perlu diberi perhatian. Pertama, kata bilangan “se” (satu) mesti disertai oleh penjodoh bilangan (3a-c) tetapi tidak demikian halnya dengan kata bilangan lain (4a-c).

(3) a. Seorang pelajar.
a’. *Satu pelajar.
b. Seekor kucing.
b’. *Satu kucing.
c. Sebuah rumah.
c’. *Satu rumah.


(4) a. Dua orang pelajar.
a’. Dua pelajar.
b. Tiga ekor kucing.
b’. Tiga kucing.
c. Sepuluh buah rumah.
c’. Sepuluh rumah.

Kejanggalan (3a’-c’) menunjukkan bahawa penjodoh bilangan mesti hadir bersama kata bilangan “se” (satu) dalam pembentukan FN. Sebaliknya kejituan (4a’-c’) menunjukkan bahawa kehadiran penjodoh bilangan hanya bersifat opsyenal bagi kata bilangan selain “se” (satu)..

Kedua, FN yang telah sedia menerima kehadiran kata bilangan “se” (satu) dan penjodoh bilangan tidak boleh lagi menerima kehadiran kata tunjuk (5a-c) tetapi tidak demikian halnya dengan FN yang menerima kata bilangan lain (6a-c).

(5) a. *Seorang pelajar itu.
b. *Seekor kucing ini.
c. *Sebuah rumah itu.


(6) a. Dua orang pelajar itu.
b. Tiga ekor kucing ini.
c. Sepuluh buah rumah itu.

Kejanggalan (5a-c) menunjukkan bahawa kata tunjuk tidak boleh hadir pada FN yang telah sedia menerima kehadiran kata bilangan “se” (satu) dan penjodoh bilangan. Sebaliknya kejituan (6a-c) menunjukkan bahawa kata tunjuk boleh hadir pada FN yang telah sedia menerima kehadiran kata bilangan selain “se” (satu) dan penjodoh bilangan.

Ketiga, FN yang dihitung dalam bentuk kumpulan (7a), timbangan (7b), ukuran (7c) dan sukatan (7d) tidak boleh menerima kehadiran penjodoh bilangan.

(7) a. Sekumpulan pelajar.
a’. *Sekumpulan orang pelajar.
b. Sekilo daging lembu.
b’. *Sekilo ketul daging lembu.
c. Sepuluh meter kain.
c’. *Sepuluh meter helai kain.
d. Segantang beras.
d’. *Segantang biji beras.

1.4 Fungsi dalam Ayat

FN mempunyai pelbagai fungsi dalam binaan ayat. Tiga fungsi utamanya adalah sebagai subjek, predikat dan objek kata kerja transitif. Fungsinya yang lain adalah sebagai pelengkap kata kerja tak transitif dan unsur keterangan.

1.4.1 Sebagai Subjek

(8) Siti pergi ke sekolah.

“Siti” dalam (8) ialah FN yang berfungsi sebagai subjek ayat. (9a-e) ialah contoh lain FN (berhuruf tebal) yang berfungsi sebagai subjek ayat.

(9) a. Abangnya juruterbang.
b. Osman penyanyi terkenal.
c. Pukulannya sungguh kuat.
d. Kami pelajar tingkatan enam.
e. Ini kawasan bangunan Parlimen.

Nota: Subjek ayat MESTI terdiri daripada FN.

1.4.2 Sebagai Predikat.

(10) Siti pelajar USM.

“Pelajar USM” dalam (10) ialah FN yang berfungsi sebagai predikat ayat. (11a-c) ialah contoh lain FN (berhuruf tebal) yang berfungsi sebagai predikat ayat.

(11) a. Beliau Pengarah Pendidikan Negeri.
b. Ahmad guru.
c. Budak itu murid saya.

1.4.3 Sebagai Objek Kata Kerja Transitif

(12) Siti memandu kereta.

“Kereta” dalam (12) ialah objek kata kerja transitif “memandu”.

Nota: Objek kata kerja tak transitif MESTI terdiri daripada FN atau klausa. (13) ialah contoh objek kata kerja transitif (berhuruf tebal) yang terdiri daripada klausa.

(13) Dia menegaskan bahawa masalah ini mesti diselesaikan dengan segera.


1.4.4 Sebagai Pelengkap Kata Kerja Tak Transitif

(14) Siti menjadi pensyarah USM sejak 10 tahun lalu.

“Pensyarah USM” dalam (14) ialah pelengkap kata kerja tak transitif “menjadi”. (15) ialah contoh lain FN (berhuruf tebal) yang berfungsi sebagai pelengkap kata kerja tak transitif.

(15) Hang tuah bersenjatakan keris Taming Sari.

Nota: Hanya sebilangan kecil pelengkap kata kerja tak transitif yang terdiri daripada FN.
Pelengkap berbeza daripada objek kata kerja transitif kerana ia tidak boleh melalui
proses pemasifan.

1.4.4 Sebagai Unsur Keterangan

(16) Mereka bermain bola di padang.

“Bola” dalam (12) ialah keterangan bagi kata kerja “bermain”. Sebagai unsur keterangan, Kehadiran FN adalah tidak wajib. Dengan kata lain, tanpa kehadiran “bola”, ayat (16) tetap gramatis.

(16’) Mereka bermain di padang.

(17a-c) ialah contoh lain FN (berhuruf tebal) yang berfungsi sebagai keterangan ayat.

(17) a. Kanak-kanak itu berbaju Melayu.
b. Kegemarannya bermain bola.
c. Mereka belajar bahasa Jepun.


1.5 Perkara-perkara Penting mengenai FN

FN yang berfungsi sebagai predikat ayat tidak boleh menerima kehadiran kata bilangan dan penjodoh bilangan.

(18) a. *Beliau seorang Pengarah Pendidikan Negeri.
b. *Ahmad seorang guru.
c. *Budak itu seorang murid saya.

Sebaliknya FN yang berfungsi sebagai predikat ayat mempunyai ciri FK, iaitu ia boleh menerima kehadiran kala. Contohnya ialah (19a-c) yang berikut:

(19) a. Kamu akan dewasa suatu hari nanti.
b. Siti sudah remaja.
c. Mereka masih suami isteri.

Satu lagi perkara penting yang perlu diketahui mengenai FN yang berfungsi sebagai predikat ayat adalah berkenaan penggunaan kata pemeri “ialah”. Dalam ayat yang predikatnya ialah FN (berhuruf tebal), “ialah” boleh disisipkan antara subjek dengan predikat. Contohnya ialah (20a-c) yang berikut:

(20) a. Beliau ialah pelajar universiti.
b. Kucing ialah haiwan kesayangan.
c. Itu ialah rumah tradisional Melayu.

Dalam (20), “pelajar universiti”, “haiwan kesayangan” dan “rumah tradisional Melayu” ialah FN yang masing-masing berfungsi sebagai predikat ayat (20a), (20b) dan (20c). Oleh sebab itu, kata pemeri “ialah” boleh hadir di hadapan FN ini. Sebaliknya satu lagi kata pemeri, iaitu “adalah”, tidak boleh hadir dalam ayat sebegini (berpredikat FN).

(20) a’. *Beliau adalah pelajar universiti.
b’. *Kucing adalah haiwan kesayangan.
c’. *Itu adalah rumah tradisional Melayu.

Perkara seterusnya adalah mengenai penggunaan kata relatif “yang” dalam pembentukan sesuatu FN. Ada kalanya kehadiran kata relatif itu adalah wajib untuk membentukkan FN (berhuruf tebal) yang gramatis. Contohnya (21a-b) yang berikut:

(21) a. Ikan mengandungi protein yang banyak.
b. Orang yang suka membaca luas pengetahuan.

Dalam (21), kehadiran “yang” dalam pembentukan FN “protein yang banyak” dan “orang yang suka membaca” adalah wajib. Tanpa kehadirannya, FN yang dibentukkan, iaitu “protein banyak” (21a’) dan “orang suka membaca” (21b’), adalah tidak gramatis. Sebagai akibatnya ayat yang dijana (21a’-b’) juga tidak gramatis.

(21) a’. *Ikan mengandungi protein banyak.
b’. *Orang suka membaca luas pengetahuan.

Ada kalanya pula kehadiran “yang” boleh menghilangkan kejanggalan dalam pembentukan FN (berhuruf tebal). Contohnya ialah (22a-b) yang berikut:

(22) a. ?Rumah sangat besar itu tidak berpenghuni.
b. Rumah yang sangat besar itu tidak berpenghuni.

Dalam (22), ayat (22a) agak janggal tanpa kehadiran “yang”. Kehadiran “yang” dalam ayat (22b) dapat menghilangkan kejanggalan ini.

Ada kalanya pula penggunaan “yang” tidak mempunyai kesan dari segi kegramatisan FN yang dibentukkan. Oleh itu FN (berhuruf tebal) dan seterusnya ayat yang dijana tetap gramatis sama ada dengan atau tanpa kehadiran “yang”. Contohnya ialah (23a-b) yang berikut:

(23) a. Rumah besar itu tidak berpenghuni.
b. Rumah yang besar itu tidak berpenghuni.

Kedua-dua FN iaitu “rumah besar itu” dan “rumah yang besar itu” adalah gramatis. Sebagai hasilnya kedua-dua ayat (23a-b) yang dijana juga gramatis.

Walau bagaimanapun ada kalanya penggunaan “yang” akan menyebabkan FN (berhuruf tebal) yang dibentukkan tidak gramatis. Contohnya ialah (24a-b) yang berikut:

(24) a. Budaya suka membaca mesti dipupuk dalam masyarakat.
b. *Budaya yang suka membaca mesti dipupuk dalam masyarakat.

Dalam ayat (24a), FN “budaya suka membaca” adalah gramatis, lalu menghasilkan ayat yang gramatis juga. Sebaliknya ayat (24b) tidak gramatis kerana FN “budaya yang suka membaca” tidak gramatis

Tuesday 29 November 2011

FRASA NAMA

Kesalahan Umum Frasa Nama



Tatabahasa

Kesalahan Umum Frasa Nama

a. Kesalahan hukum D-M

    - Hukum D-M ialah hukum tentang cara kata-kata disusun supaya frasa nama dapat dibentuk.
    - D bermaksud unsur/perkara yang diterangkan atau subjek ayat.
    - M bermaksud unnsur/perkara yang menerangkan atau predikat ayat
    - Suatu frasa nama unsur D mestilah mendahului M kecuali nama-nama jawatan.

      Ah Seng restoran terletak di persimpangan Jalan Melati
      Restoran Ah Seng terletak di persimpangan Jalan Melati


b. Kesalahan dari segi bentuk jamak;

    - Kata nama/frasa nama tidak boleh mengikut kata bilangan yang membawa maksud banyak

      Beberapa masalah-masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera
      Beberapa masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera


    - Kata nama/frasa nama tidak perlu digandakan menjadi penggandaan berentak/kata nama ganda berentak
      yang membawa maksud jamak tidak boleh hadir selepas kata bilangan tak tentu.

      Di daerah ini banyak bukit-bukau
      Di daerah ini banyak bukit


    - Kata nama am/frasa nama am yang mendukung maksud jamak tidak perlu diulang.

      Generasi-generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya
      Generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya


    - Kata nama/frasa nama yang didahului oleh kata bilangan yang membawa makna/kumpulan tidak perlu diulang
      atau digandakan.

      Kaum petani-petani itu sedang mengerjakan tanah
      Kaum petani itu sedang mengerjakan tanah


    - Kata nama majmuk yang membawa maksud jamak tidak perlu diulang sama ada sebahagian atau
      keseluruhannya.

      Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim-alim ulama
      Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim ulama
 

    - Kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka tidak boleh diulang kerana sudah membawa maksud jamak.

      Mereka-mereka itu ialah kawan saya
      Mereka itu ialah kawan saya


    - Kata nama di bahagian subjek tidak perlu diulang jika unsur predikatnya terbina daripada kata adjektif yang
      digandakan atau sebaliknya.

      Baju-baju itu cantik-cantik belaka
      Baju-baju itu cantik belaka
      Baju itu cantik-cantik belaka

Thursday 24 November 2011

GARISPANDUAN KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

GARISPANDUAN
KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (ICT)

GARIS PANDUAN KESELAMATAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

1. PENGENALAN
Peningkatan penggunaan ICT dalam tugasan seharian terutama yang
melibatkan Internet dan e-mel telah mendedahkan ancaman kepada
pihak luar terhadap sumber ICT. Untuk memastikan maklumat-maklumat penting PKB bebas daripada ancaman, semua pengguna adalah disarankan untuk mematuhi garis panduan
keselamatan ICT yang telah ditetapkan.
Garis panduan Keselamatan ICT PKB yang dikeluarkan oleh Unit Sistem
Teknologi Maklumat (USTM) adalah berdasarkan garis panduan yang
dikeluarkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU), Garis Panduan Pengurusan Keselamatan ICT Sektor
Awam Malaysia
terbaik (
adalah meliputi semua data, peralatan ICT, perisian, rangkaian dan
kemudahan ICT yang lain selaras dengan Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000
Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan
dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2003 Garis
Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di
Agensi-agensi Kerajaan.
(MyMIS) dan tip dan kaedah pelaksanaan keselamatanbest practices) dari CyberSecurity Malaysia. Keselamatan ICT
2. OBJEKTIF
Tujuan utama garis panduan keselamatan ICT  adalah sebagai
panduan untuk menjamin kesinambungan urusan kerajaan dan
menghindar kesan insiden keselamatan ICT. Keselamatan maklumat
adalah untuk melindungi aset ICT PKB daripada disalahgunakan oleh
orang-orang yang tidak bertanggung jawab. Maklumat adalah berharga
kerana kebanyakan informasi tersebut adalah sensitif dan terperingkat.
Jika berlaku penyalahgunaan aset berkenaan kepada orang yang tidak
bertanggungjawab ia bukan sahaja memudaratkan PKB malah juga kepada
keselamatan dan maruah negara. Justeru itu, perlindungan keselamatan
yang bijaksana perlu diwujudkan dan disesuaikan bagi menjamin
kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan (
berterusan.
USTM adalah bertanggungjawab untuk melindungi maklumat terperingkat
kerajaan dari dicapai oleh pengguna yang tidak sah, menjamin setiap
maklumat adalah tepat dan sempurna, memastikan ketersediaan
maklumat apabila diperlukan oleh pengguna dan memastikan capaian
diberi hanya kepada pengguna-pengguna yang sah sahaja.
availability) maklumat yang
3. KESELAMATAN MAKLUMAT
3.1 Garis panduan keselamatan ICT adalah bertujuan untuk menjamin
dan meningkatkan lagi tahap keselamatan maklumat yang dicapai,
dihantar atau pun dirujuk. Bagi memastikan semua fail yang
dihantar dan diterima bebas daripada sebarang bentuk ancaman
keselamatan, perisian antivirus dan penapis
malicious codes
perlulah dikemaskini dari semasa ke semasa dan sentiasa
memenuhi ciri-ciri berikut:
(a)
Kerahsiaan
Maklumat tidak boleh disebarkan sewenang-wenangnya atau
dibiarkan dicapai tanpa kebenaran.
(b)
Integriti
Data dan maklumat hendaklah tepat, lengkap dan kemas
kini. Ia hanya boleh diubah oleh pegawai yang dibenarkan.
Unit Sistem Teknologi Maklumat PKB
Keselamatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat PKB
3
(c)
Tidak Boleh Disangkal
Punca data dan maklumat hendaklah dari punca yang sah
dan tidak boleh disangkal.
(d)
Kesahihan
Data dan maklumat hendaklah dijamin kesahihannya.
(e)
Kebolehsediaan
Data dan maklumat hendaklah boleh dicapai pada bila-bila
masa.
3.2 Sekiranya penyelenggaraan komputer hendak dilaksanakan,
pengguna komputer perlu memastikan semua maklumat bukan
rasmi atau rahsia rasmi di dalam komputer berkenaan telah
dikeluarkan dan selamat sebelum dilakukan penyelenggaraan.
4. KESELAMATAN INTERNET
Teknologi Internet telah memudahkan perhubungan antara pengguna dan
menyediakan akses kepada banyak maklumat dalam pelbagai bentuk
format dengan menyediakan penyelidikan, analisis, rujukan dan bahanbahan
lain yang berfaedah. Penggunaan Internet dengan cara yang tidak
bertanggungjawab adalah dianggap sebagai tatacara yang boleh
mengancam keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat,
melemahkan dan menggangu sistem dan rangkaian ICT PKB.
Demi untuk menjamin keselamatan ICT PKB pihak pengurusan telah
menghadkan penggunaan Internet di mana semua pengguna mesti
mencapai internet melalui
Pengguna Internet mestilah mematuhi prosidur dan garis panduan
berikut:-
proxy server (proksi.pkb.edu.my:8080).
(a) Tidak dibenar melawati laman web yang tidak beretika seperti
porno
mengandungi unsur-unsur lucah seperti
xxx
(b) Dilarang memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian
berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik
(
(c) Tidak memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian yang
tidak berlesen.
(d) Dilarang memuat turun atau naik (
menyimpan maklumat yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah
atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej
organisasi atau kerajaan.
(e) Penyertaan forum atau perbincangan awam atas talian (
forum
Menggunakan kemudahan
atau tidak dibenarkan (imej atau bahan-bahan yangSex, Gay, Lesbian, nude,dan seumpama dengannya).games), video dan lagu.download / upload) sertaonline) mestilah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan.Online chatting atau Internet Masseging
adalah dilarang sama sekali.
(f) Mengaktifkan
browser untuk menghalang
mengandungi
laman web serta iklan kerana ia akan menyibukkan trafik rangkaian
PKB dan internet.
(g) Dilarang memuat turun fail-fail yang saiz besar melebihi 2 MB. Sila
dapatkan khidmat nasihat dari pegawai pentadbir keselamatan dan
rangkaian jika ia diperlukan.
pop-up blocker tool bagi semua penggunaan internetpop-up screen yang berkemungkinancode / script yang bervirus serta berunsur promosi
(h) Semua capaian ke Internet mestilah melalui rangkaian komputer
PKB sahaja. Dilarang membuat sambungan sendiri secara dial-up
kepada mana-mana ISP (JARING, TmNet, TimeNet, dan lain-lain).
5. KESELAMATAN MEL ELEKTRONIK
E-mel merupakan satu media perhubungan yang paling mudah, cepat dan
murah untuk berhubung dari satu pihak dengan satu pihak yang lain tidak
kira jarak, masa dan tempat. Pihak USTM juga memandang serius di
dalam keselamatan perhubungan melalui e-mel di antara pegawaipegawai
PKB, terutama perhubungan dengan pihak luar yang melibatkan
dokumen terperingkat. E-mel rasmi yang diperuntukkan oleh PKB sahaja
(pkb.edu.my) hanya boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
Sebagai langkah tambahan pengguna e-mel adalah dikehendaki mematuhi
prosidur berikut:-
(a)
serta membenarkan akaun digunakan oleh orang lain
Dilarang menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaunwalaupun
untuk tujuan
(b) Pengguna tidak dibenarkan dengan sewenangnya memberikan
alamat e-mel PKB kepada orang lain kerana ditakuti ianya akan
menggalakkan penyebaran virus, e-mel
tugas rasmi.spamming, dan junk-mail
seperti iklan perniagaan.
(c) Dilarang menyebarkan kod perosak seperti virus,
Horse
pengguna lain.
(d) Pengguna tidak dibenarkan menggunakan e-mel untuk tujuan
komersial, politik, perjudian, jenayah dan perkara-perkara lain
yang mana bukan urusan rasmi jabatan.
worm, Trojanyang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat
(e) Semua e-mel yang mengandungi fail kepilan seperti *.scr, *.com,
*.exe, *.dll, *.pif, *.vbs, *.bat, *.asd, *.chm, *.ocx, *.hlp, *.hta,
*.js, *.shb, *.shs, *.vb, *.vbe, *.wsf, *.wsh, *.reg, *.ini, *.diz, *.cpp,
*.cpl, *.vxd, *.sys dan *.cmd akan ditapis dan ditahan
penyebarannya kepada penerima kerana dikuatiri mengandungi
virus.
(f) Dilarang membuka e-mel yang mengandungi fail kepilan
(attachment file) seperti *.exe, *.scr, *.gif, *.pif, *.com, *.dll,
*.bat, *.vbs, *.icr, *.ocx dan sebagainya yang didapati meragukan.
(g) Lakukan
mengenal pasti fail-fail yang diserang virus dengan perisian
antivirus yang digunakan secara rasmi oleh PKB.
(h) Memastikan kemudahan e-mel digunakan dan dibiarkan aktif pada
keseluruhan waktu bekerja supaya e-mel yang di alamatkan sampai
tepat pada masanya dan tindakan ke atasnya dapat disegerakan.
(i) Sebarang e-mel untuk tujuan individu hendaklah dihantar terus
kepada individu tersebut sahaja, dilarang menghantar e-mel
kepada satu
Penghantaran kepada
scanning ke atas semua fail dan attachment file bagigroup seperti bahagian-bahagian tertentu.group sedemikian akan mengganggu prestasi
e-mel
dan relay server. Dengan cara penghantaran kepada group
juga menyukarkan bagi mengenalpasti pegawai yang perlu
bertanggung jawab untuk tindakan ke atas e-mel tersebut.
(j) Untuk keselamatan
terperingkat tidak digalakkan dihantar melalui e-mel
pengguna hendaklah menggunakan
untuk penghantaran dokumen tersebut melalui e-mel.
dokumen rahsia rasmi dan maklumat, jika perluSijil Digital (Digital Certificate)
Unit Sistem Teknologi Maklumat PKB
Keselamatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat PKB
7
(k) Saiz fail kepilan (
dihantar hanya dibenarkan bagi saiz yang tidak melebihi
attachment file) termasuk kandungan e-mel yang4.0 MB
sahaja. Penghantaran e-mel yang bersaiz besar akan mengganggu
prestasi e-mel server dan sistem rangkaian.
(l) Pengguna yang menggunakan
menyelenggara e-mel supaya
untuk menyimpan e-mel tidak melebihi
menjaga prestasi server e-mel serta prestasi capaian e-mel melalui
Webmail.
(m) Pengguna e-mel perisian
menyelenggara e-mel
Webmail PKB hendaklah sentiasasaiz storan (Inbox) yang digunakan20MB, ini adalah bagioutlook hendaklah sentiasasupaya saiz setiap folder terutama folder
INBOX tidak melebihi
perisian e-mel
(n) Pengguna hendaklah
500MB, ini adalah bagi menjamin prestasioutlook dan komputer pengguna.mencetak e-mel yang penting dan difailkan
bagi
kerosakan kepada
(o) Pengguna hendaklah membuat salinan dan
mengelak maklumat penting hilang apabila berlakuhard disk komputer atau serangan virus.menyimpan
attachment file
penting bagi tujuan
ke satu folder berasingan dari e-mel-e-mel yangbackup jika berlaku masalah kepada hard disk
komputer.
(p) Pihak
hilang
(q) Alamat e-mel rasmi PKB hanyalah untuk kegunaan menghantar emel
yang rasmi atau tugasan pejabat, sebarang e-mel yang tidak
ada kaitan dengan tugasan pejabat adalah dilarang.
USTM tidak akan bertanggung jawab ke atas e-mel yangbagi pengguna yang tidak mematuhi polisi penggunaan emel.
(r) Penggunaan alamat e-mel yang tidak rasmi seperti
hotmail.com, gmail.com
tugas-tugas rasmi, sama ada untuk urusan dalaman atau luaran
PKB.
(s) Dilarang membuat penyebaran/
menggunakan alamat e-mel PKB.
yahoo.com,atau sebagainya adalah dilarang untukforward e-mel yang tidak rasmi
6. KESELAMATAN RANGKAIAN
6.1 Rangkaian adalah merupakan satu sumber ICT yang utama bagi
sesebuah organisasi pada masa kini. Oleh itu, keselamatan
rangkaian (
keselamatan utama untuk mengawal aset ICT dari dicerobohi.
Rekabentuk rangkaian yang betul dan baik adalah merupakan satu
faktor keselamatan rangkaian komputer sesebuah organisasi. Untuk
menjamin keselamatan rangkaian di PKB, pihak USTM telah
membangunkan satu rekabentuk rangkaian yang tersusun dan
sentiasa dikemas kini dan mengutamakan keselamatan.
6.2 Pemantauan juga dilakukan dari masa ke semasa untuk
memastikan keselamatan rangkaian dan server PKB di setiap
network security) adalah merupakan satu langkahzone
sentiasa berada di dalam keadaan baik. Pengguna tidak dibenarkan
memuat turun apa juga perisian seperti
gambar dan perkara-perkara yang seperti dengannya kerana ia
akan memberi impak kepada prestasi rangkaian (
performance
bersamanya.
6.3
di dalam rangkaian PKB supaya tidak diceroboh oleh orang
yang tidak bertanggung jawab. Melalui sistem
hanya server-server dan perkhidmatan
screen saver, games,network) dan kemungkinan ada virus atau kod virusFirewall diwujudkan bagi memastikan keselamatan ke atas asetasetFirewall tersebutport tertentu sahaja yang
Unit Sistem Teknologi Maklumat PKB
Keselamatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat PKB
9
dibenarkan kepada pengguna dari luar untuk mencapai serverserver
dalaman. Konfigurasi keselamatan Setiap server
diperkemaskan dan dikemaskini dari semasa ke semasa selain dari
kawalan capaian oleh
6.4 Selain dari menyediakan infrastruktur rangkaian yang baik, USTM
juga sentiasa memantau setiap log di dalam setiap server untuk
memastikan tidak ada capaian yang tidak sah dibuat ke atas server
berkenaan.
6.5
firewall.Firewall, Proxy atau webcache server, IPS, anti spamming dan
viruswall server
penggunaan internet. Ia berfungsi mengawal pengguna dari
melayari laman web
dari memuat turun fail-fail tertentu seperti gambar lucah, lagu,
video dan sebagainya.
juga diwujudkan bagi mengawal serta memantauprono atau lucah serta mengawal pengguna
7. KESELAMATAN KATALALUAN (
PASSWORD)
Katalaluan adalah merupakan kunci atau
ia perlu dirahsiakan dari pengetahuan orang lain. Oleh itu pengguna
adalah dinasihatkan menjaga katalaluan masing-masing dengan teliti dari
dicuri dan disalahguna oleh pengguna lain. Bagi menjamin keselamatan
Katalaluan pengguna perlulah mematuhi prosidur berikut:-
(a) Sekiranya katalaluan telah dicuri atau disyaki dicuri, laporan
hendaklah dibuat kepada pentadbir sistem ICT dan kata laluan
sedia ada hendaklah diubah dengan serta merta.
(b) Katalaluan perlu ditukar sekerap mungkin dan dacadangkan
sekurang-kurangnya sebulan sekali.
pin yang menjadi hak individu,
(c) Panjang Kataluan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya lapan
(8) aksara dengan gabungan
serta simbol khas.
(d) Katalaluan hendaklah dihafal dan jangan sekali-kali disalin di
mana-mana media terutama menulisnya disebelah monitor.
(e) Sila lawati
untuk mengubah password e-mel dan cara-cara untuk
mengaktifkan
alphanumeric huruf kecil dan besarhttp://email.pkb.gov.my/ untuk mengetahui cara-carapassword komputer anda seperti di LAMPIRAN A.
8. KESELAMATAN KOMPUTER DAN
NOTEBOOK SERTA PERALATAN
Keselamatan meliputi komputer,
seperti
seharusnya memastikan komputer atau
digunakan sentiasa mematuhi garis panduan berikut:
(a) Setiap komputer atau
(b) Komputer atau
notebook dan perkakasan terlibathard disk, pencetak, pengimbas dan lain-lain. Penggunanotebook dan peralatan yangnotebook mestilah mempunyai katalaluan.notebook perlulah dilakukan pengemaskinian
Microsoft Windows, patches
(c) Setiap komputer atau
sesuai dengan pemilik.
(d) Pastikan antivirus sentiasa dikemaskini supaya dapat menangani
serangan virus yang baru.
(e) Dilarang membuat instalasi perisian yang tidak berlesen atau
perisian yang tidak rasmi penggunaannya di PKB ke dalam
komputer atau
dan services pack yang terkini.notebook perlulah ada computer name yangJoint Domain PKB dan perisian antivirus.notebook.
(f) Dilarang membuat instalasi perisian
desktop
perlahan.
(g) Semua komputer hendaklah menggunakan
screen server atau activekerana akan menyebabkan prestasi komputer menjadiwallpaper desktop
korporat PKB.
(h) Dilarang mengubah atau meminda
computer name dan description
dalam komputer.
(i) Pastikan komputer atau
orang yang tidak berkenaan.
(j) Pastikan komputer atau
kering serta selamat persekitarannya.
(k) Dilarang menggunakan alat penyambung kuasa elektrik bagi
berbagai peralatan. Bekalan kuasa elektrik yang tidak stabil akan
merosakkan komputer. Gunakan kemudahan
Power Supply
memastikan bekalan elektrik sentiasa dibekalkan mengikut
spesifikasi keperluan komputer
(l) Pastikan bekalan atau punca elektrik ditutup semasa pemasangan
atau penyambungan peralatan komputer dan aksesorinya atau
setelah selesai menggunakan komputer atau
notebook pejabat tidak digunakan olehnotebook diletakkan di tempat dingin danUninterruptable(UPS) atau Automatic Voltage Regulator (AVR) untuk/notebook.notebook.
(m) Pastikan komputer atau
kepada pancaran matahari/haba dan elakkan komputer daripada
kawasan tarikan kuasa magnet/kuasa voltan yang tinggi.
(n) Rehatkan komputer atau
secara berterusan.
notebook tidak terdedah secara terusnotebook jika terlalu kerap menggunakan
(o) Tamatkan proses
PC
not responding dengan kekunci Ctrl-Alt-Del jikahang. Tidak digalakkan menutup suis sekiranya PC menjadi
hang.
(p) Tidak digalakkan membuka program yang banyak secara serentak
di dalam sistem komputer atau
menjadi
(q) Pastikan komputer atau
notebook bagi mengelakkan sistemhang.notebook mempunyai system date & time
yang betul untuk tujuan audit dan penghantaran e-mel.
(r) Sentiasa matikan komputer dengan cara yang betul bagi mencegah
kerosakan kepada
(s) Dilarang menghentak/mengetuk dengan apa cara sekalipun sama
ada sengaja atau tidak sengaja ke atas komputer atau
(t)
sentiasa dikunci dengan tali pengunci
berkerja di meja mahupun di dalam kereta perlu dikunci pada
kerusi atau sebagainya.
(u) Tidak dibenarkan membaiki sendiri komputer atau
ada masalah atau kerosakan.
(v) USTM berhak untuk menghapus fail-fail atau maklumat-maklumat
yang tidak ada kaitan dengan tugas rasmi seperti fail lagu dan
gambar membuang program-program yang tidak ada kaitan dengan
tugas rasmi.
operating system (OS) Windows.notebook.Notebook yang digunakan atau dibawa ke luar pejabat hendaklahnotebook sama ada semasanotebook jika
9. KESELAMATAN TATACARA PENJAGAAN MEDIA STORAN
Media storan yang popular digunakan pada masa sekarang adalah USB
Drive
oleh sesetengah pengguna sebagai media storan elektronik untuk
menyimpan data atau fail yang kecil untuk penyebaran maklumat atau
sebagai
oleh itu pengguna dinasihatkan supaya mengikut prosidur tatacara
penjagaan media storan seperti berikut:-
(a) Elakkan disket dari terkena debu-debu atau habuk dan hendaklah
disimpan di tempat yang selamat.
(b) Sekiranya disket yang digunakan adalah yang telah lama
jangkahayatnya, maka data atau fail hendaklah dipindahkan ke
media lain yang lebih tahan lama dan selamat seperti CD/DVD.
(c) Media storan yang rosak atau tidak boleh digunakan lagi, perlulah
dimusnahkan sebelum dibuang. Ini adalah bagi mempastikan
maklumat di dalamnya betul-betul tidak dapat dicapai oleh orang
lain.
(d) CD/DVD hendaklah disimpan di tempat yang selamat agar ia tidak
tercalar dan rosak.
(e) Semua media stroran hendaklah tidak disimpan berhampiran
dengan sumber-sumber yang bermagnet, bagi mengelakkan data
yang disimpan hilang atau rosak.
(f) Semua media storan seperti disket,
. Walaubagaimana pun Disket atau cakera liut masih lagi digunakanbackup. Bagi memastikan data yang disimpan sentiasa selamatCD, DVD dan Handy Drive
hendaklah dibuat pemeriksaan virus terlebih dahulu sebelum
digunakan. Pemeriksaan virus tersebut hendaklah dibuat secara
berkala bagi menjamin keselamatan data atau maklumat yang
disimpan.
10. KESELAMATAN KOMPUTER DI BILIK SEVER
Sebahagian besar server-server aplikasi PKB ditempatkan di bilik server
untuk tujuan pengurusan server secara berpusat. Semua data-data yang
disimpan di dalam server adalah aset yang penting dan perlu dilindungi
sebaik mungkin bagi menjamin keselamatannya. Beberapa langkah telah
dilaksanakan bagi melindungi server-server tersebut seperti berikut:-
(a) Setiap server perlu dilabelkan untuk memudahkan setiap pentadbir
menjalankan tugas masing-masing.
(b) Pengguna perlu mencatat buku log yang disediakan sebelum
memasuki bilik server.
(c) Pastikan bilik server sentiasa bersih supaya server serta peralatanperalatan
yang di tempatkan k\dan komputer tidak terdedah
kepada habuk.
(d) Penghawa dingin mestilah berfungsi dengan baik dimana suhunya
berada dalam lingkungan ±19.5°C dan kelembapan di paras 50.7%.
Dan ia perlu dipantau agar tidak berlaku kebocoran yang boleh
merosakkan peralatan-peralatan dibilik server.
(e) Kertas-kertas cetakan yang tidak digunakan perlulah
di
shred/diricih.
11. KESELAMATAN PERISIAN SISTEM DAN PANGKALAN DATA
Data dan maklumat sistem aplikasi PKB yang telah dibangunkan dan
beroperasi merupakan aset yang penting dan perlu dilindungi sebaik
mungkin bagi menjamin keselamatannya. Beberapa langkah telah
dikenalpasti dan dilaksanakan bagi melindungi aset-aset tersebut seperti
berikut:-
11.1
Pembaikpulih Sistem
Pembaikpulih Sistem adalah merupakan proses baikpulih akibat
dari kemusnahan atau kehilangan data yang berlaku atas banyak
sebab di antaranya adalah :-
kegagalan server berfungsi
kerosakan fizikal hard disk
masalah kesilapan dalam pemprograman
kesan pencerobohan
Proses pembaikpulih sistem terbahagi kepada dua peringkat iaitu
kesan bencana alam
prosidur backup
dan prosidur baikpulih.
11.1.1
Prosidur Backup
(a)
dan aplikasi termasuk
dibuat pada setiap malam untuk semua server.
Beberapa prosidur
semua data-data yang disimpan di dalam
server.
Kekerapan penjanaan data
mengikut kepentingan data-data tersebut
secara berperingkat dari harian hinggalah
bulanan.
Selain backup terhadap data-data, terdapat
juga backup yang dilakukan kepada transaksi
selepas backup sehingga ke transaksi paling
akhir diproses sebelum kerosakan berlaku.
Backup kepada keseluruhan server semua dataOperating System (OS)backup dilakukan ke atasbackup adalah
Menjana backup ini dipanggil backup logical
log.
(b)
media lain perlu dilakukan setiap hari untuk
mengelakkan kehilangan data sekiranya
berlaku kerosakan
Backup atau salinan data ke dalam pita atauhard disk.
(c) Labelkan setiap media storan
digunakan bagi memudahkan proses baikpulih
dilaksanakan.
(d)
diadakan sekurang-kurangnya sekali bagi setiap
keluaran versi terbaharu dari masa ke semasa
mengikut peraturan yang ditetapkan semasa
perisian itu dibangunkan atau diperolehi atau
mengikut garis panduan yang dikeluarkan dari
masa ke semasa. Faktor ketahanan dan jangka
hayat media storan perlu diambil kira dalam
menentukan kekerapan
(e)
operasi dicadangkan dibuat dalam tiga (3)
salinan dan setiap satu disimpan di lokasi yang
berlainan. Lokasi tersebut adalah:-
backup yangBackup sistem aplikasi dan sistem operasi perlubackup.Backup untuk data dan sistem aplikasi/sistem
Lokasi di mana sistem tersebut beroperasi.
Teknologi Maklumat
Lokasi off-site pertama – di Bahagian
yang berdekatan atau mana-mana Jabatan
Kerajaan lain yang berdekatan dan
mempunyai kemudahan untuk menyimpan
media
Lokasi off-site kedua – di bangunan lainbackup.
(f)
untuk memastikan data-data kritikal/penting
masih boleh diselamatkan jika berlaku
kerosakan atau kemusnahan secara fizikal,
sebagai contoh jika berlaku bencana seperti
kebakaran, banjir dan sebagainya.
11.1.2
Penetapan lokasi simpanan backup ini adalahProsidur Baikpulih
Dengan prosidur
boleh dilakukan sama ada dari peringkat paling
kritikal seperti kegagalan seluruh
backup di atas, proses membaikpulihpartition hardisk
atau pangkalan data
sehingga ke atas fail tertentu dapat dibaikpulih
dengan mudah dan selamat.
(database), aplikasi, direktori
11.2 Pelan Pemulihan Bencana
Data-data kritikal di
bilik server, disamping itu pendua bagi data-data tersebut dihantar
dan disimpan di agensi lain sebagai salah satu pelan pemulihan
bencana. Amalan ini dilakukan bagi memastikan data-data kritikal
masih boleh diselamatkan jika berlaku kerosakan atau kemusnahan
secara fizikal di bilik server, sebagai contoh jika berlaku bencana
seperti kebakaran, banjir dan sebaginya.
backup ke dalam pita (tape) dan disimpan di
12. KESELAMATAN DARI ANCAMAN VIRUS
Serangan virus komputer merupakan masalah yang sentiasa dihadapi
oleh PKB dan dilain-lain organisasi lain yang menggunakan komputer.
Kepelbagaian jenis virus akan menyebabkan kerosakan sistem
pengoperasian serta peralatan komputer lain seperti
menyebabkan maklumat atau data penting menjadi rosak atau hilang dan
hard disk. Ia juga
mungkin juga ia disebar kepada orang-orang berkenaan tanpa
pengetahuan pengguna.
Sebagai langkah keselamatan USTM juga telah membuat tapisan di server
antispamming
akan menapis sebarang e-mel yang mempunyai fail *.exe, *.scr, *.gif,
*.pif, *.com, *.dll, *.bat, *.vbs, *.icr dan *.ocx. Kesemua fail berkenaan
adalah berkemungkinan besar pembawa virus.
Untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan PKB semua pengguna
dikehendaki mengambil langkah-langkah berikut :-
(a) Pengguna PC mestilah sentiasa melakukan nyah virus (
di PC dan semua media storan yang digunakan untuk mempastikan
tidak ada virus sebelum ia digunakan. Dengan itu kita dapat
mengawal keselamatan maklumat dan data dari dirosakkan oleh
serangan virus.
(b) Sekiranya terdapat serangan virus ke atas data atau dokumen dan
jika virus tersebut tidak dapat dihapuskan, sila hubungi pihak USTM
untuk bantuan teknikal.
(c) Media storan seperti Disket,
yang diperolehi dari luar perlulah di
dahulu sebelum digunakan. Dilarang membuka data atau dokumen
yang virus yang tidak dapat dihapuskan. Sila dapatkan khidmat
nasihat teknikal daripada USTM
(d) Semua fail hendaklah di
sebelum ia disimpan atau disalin ke
(e) Semua
untuk mengawal penyebaran virus melalui e-mel. Servervirus scan)handy drive, CD atau DVD dan lain-lainscan atau dinyah virus terlebihscan dengan anti virus terlebih dahuluStorage Server.notebook atau komputer PC dari luar hendaklah discan virus
terlebih dahulu sebelum ia disambung ke sistem rangkaian PKB.
Sekiranya terdapat ia mengandungi virus dan tidak dapat
dihapuskan sila hubungi USTM untuk bantuan teknikal.
13. KHIDMAT NASIHAT
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkaitan Garis Panduan Mengenai
Keselamatan ini sila hubungi Unit Rangkaian & Keselamatan ICT, Unit
Sistem Teknologi Maklumat.
En. Mohd Nadzri Yusof : Sambungan 225
(nadzri@pkb.gov.my)
En. Mohd Ridhuan Salleh : Sambungan 219
(ridhuan@pkb.gov.my)
14. PENUTUP
Secara ringkasnya keselamatan ICT PKB ini perlu dilaksanakan secara
menyeluruh, sekiranya salah satu individu, unit, seksyen atau bahagian
yang tidak melaksanakannya ia akan menjejaskan keselamatan
keseluruhan PKB. Oleh itu, keselamatan ICT merupakan tanggungjawab
semua pihak dan ia tidak hanya dikhususkan kepada satu pihak sahaja.
Garispanduan keselamatan ini juga akan dikemaskini dari semasa ke
semasa tertakluk kepada keperluan keselamatan ICT dan arus perubahan
global ICT.
LAMPIRAN A
- i -
Langkah-langkah menukar password.
- kena buat step tukar password melalui domain.