Sunday 28 August 2011

MODUL BMM3105

1
Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.
Hasil Pembelajaran
1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model
perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam
persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Sinopsis:
Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak
pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan
bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet,
simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan,
animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
Tajuk kursus:
Tajuk Kandungan Jam Catatan
1
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
Menggunakan web, video, audio, dan imej
untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa
Melayu.
Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai
katalog internet.
6
Modul
2
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet danMenggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam
video, grafik dan teks.
Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio,
folder berdasarkan kemahiran bahasa.
6
Amali
3
Internet
Mengumpul bahan daripada internet ke dalamAplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan
penggunaan internet
Memuat turun garis panduan dan etika
6
Modul
2
Memindahkan garis panduan dan etika
Tajuk Kandungan Jam Catatan
penggunaan internet dalam bentuk brosur dan
PowerPoint
4
Pembelajaran Bahasa Melayu
Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
Memilih bahan sastera
Memilih bahan tatabahasa
6
Amali
5
Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Memilih bahan bidang ilmu lainMembina dan Menggunakan Tapak, Laman Web
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi
bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu
Prosedur pembinaan laman web pembelajaran
dan laman web bahasa Melayu
Membina dan menggunakan tapak pembelajaran
Pembelajaran.
6
Modul dan
Amali
6
dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
Membina dan menggunakan pakej TutorialMembina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan
Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
Struktur Linear
6
Modul
7
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Struktur RangkaianMengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat
maklumat
Bengkel model pembinaan pemprosesan
dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan
tapak pembelajaran.
Mengaplikasi model pemprosesan maklumat
6
Amali
8
Luar Talian
Membina bahan.Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan
Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
luar talian dengan menggunakan laman web dan
tapak pembelajaran
6
Amali
9
Dalam Talian Menjadi Brosur,
Pengumuman
Melaksana simulasi pengajaran dalam talian danMengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu SecaraNews Letter, dan Kad
Prosedur pengeditan
6
Modul
3
Prinsip pengeditan
Tajuk Kandungan Jam Catatan
Melaksanakan pengeditan
10
Kemahiran Bahasa Melayu
Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran
kemahiran bahasa
Menentukan peringkat pengajaran dan
dan audio
Menentukan prinsip pembinaan bahan video
Membina bahan video dan audio
kemahiran mendengar bertutur dan membaca.
6
Modul dan
Amali
11
Menggunakan persian audio untuk pengajaranPengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
Konferensi secara dalam talian
kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan
menulis.
6
Amali
12
Bahasa Melayu
Mengadakan sidang video untuk mengajarkanMenggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran
kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah
Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai
dengan menggunakan alat pengarangan
6
Modul
13
Pengajaran Bahasa Melayu
Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa MelayuMereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan
PowerPoint
Menggunakan animasi perkataan dan objek
menggunakan animasi daripada Internet
Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan
6
Amali
14
Pengajaran Bahasa Melayu
Memanipulasi animasi dalam persembahanBengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam
Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
Melayu
Memilih cakera padat pembelajaran bahasa
pengajaran
6
Amali
15
Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
Menggunakan cakera padat dalam aktivitiSeminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran
Mengadakan seminar
6
Amali
Mengadakan pameran
JUMLAH 90
Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi:
4
Lokman Abd Wahid
IPG Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur
lokmanibmm@yahoo.co.uk
Maklumat yang berkaitan terdapat di laman pembelajaran yang berikut:
http://bme3103.tripod.com
http://bmm3105.tripod.com
http://bmm3105.bravehost.com/index
http://media14minggu.tripod.com
Arahan umum kepada pelajar.
1. Sila buka folder utama dan namakan folder utama itu sebagai BMM3105 <nama, ipg>
2. Di dalam folder utama itu, buka 15 folder dan namakan setiap folder dengan tajuk 1, tajuk 2,
sehinggalah ke tajuk 15.
3. Simpan kerja setiap tajuk ke dalam folder yang telah dibuka.
4. Pensyarah akan memeriksa semua kerja pelajar yang telah disimpan ke dalam folder 3 kali
satu semester.
5. Pada penghujung semester, pelajar akan memindahkan semua kerja mereka ke dalam
folder dan menyimpan kekal sebelum diserahkan kepada pensyarah.
5
Tajuk 1
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran
bahasa Melayu.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
1.1 Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan laman web.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN
dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat
internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio,
video, teks, dan grafik.
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan
alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan
dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
Contoh alamat pembekal maklumat internet:
www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com
Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan
kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video
dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.
Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com Lihat
contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video
yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube
downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang
diperlukan
6
Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu
sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil
kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan
yang diperoleh daripada internet.
Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan
semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio,
video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran
bahasa Melayu.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak
diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.
Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan
diberikan pilihan seperti yang berikut.
Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”.
Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi
masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang
berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan
anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan
Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda
perlukan.
7
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan
katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.
1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan
halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.
Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini
dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir
melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang
telah diberikan.
8
Alamat Internet.
Wajik
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wajik
Karipap
http://ms.wikipedia.org/wiki/Karipap
Menambah Nilai Buku
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_02.htm
Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_03.htm
Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_06.htm
Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_08.htm
Memperkasa Pantun Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_09.htm
9
Bergaya Dengan Teknologi Nano
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Meg
abait&pg=me_01.htm
Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesi
hatan&pg=kn_04.htm
Pantun Melayu
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm
1.3.2 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat
internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat
internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang
disertakan.
Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
URL
Sinopsis
Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan
pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan
tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.
Katalog Alamat Internet
Tajuk Peribahasa Melayu
URL
pulan_abjad=a
http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pageNum_simpulan=2&sim
Sinopsis Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai
peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.
Tajuk Seni Tenun Melayu
URL
Sinopsis Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.
Tajuk Tatabahasa : Kata Nama
URL
http://culture.melayuonline.com/?a=c3VUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm
10
Sinopsis Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh
penggunaan kata nama.
Tajuk Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/pjodoh.htm
Sinopsis Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah
atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah,
ekor, orang, dan sebagainya.
Tajuk Pakaian Tradisional
URL
http://www.alambina.net/images/sintang_traditional.jpg
Sinopsis Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia
Tajuk Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
URL
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/sp_hsp.htm
Sinopsis Laman sesawang yang memuatkan segala maklumat mengenai Pusat Perkembangan
Kurikulum. Laman ini juga ada menyediakan kemudahan memuat turun sukatan pelajaran
dan huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran.
Tajuk Pusat Perkembangan Kurikulum
URL
http://www.ppk.kpm.my/
Sinopsis Laman ini memuatkan pelbagai maklumat yang boleh di dapati seperti huraian sukatan
pelajaran bagi semua matapelajaran.
Tajuk Ayat Inti
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ainti.htm
Sinopsis Laman sesawang mengenai ayat inti contoh dan penggunaan yang betul.
Tugas pelajar:
1. Dapatkan bahan dalam bentuk elemen audio, video, teks, dan grafik dan simpan dalam
bentuk alamat internet dan katalog internet.
2. Bagi setiap elemen, dapatkan 10 bahan
3. Jangan gunakan bahan yang sama bagi katalog internet.
4. Simpan semua kerja Tajuk 1 ke dalam folder tajuk 1.
Selamat belajar.

No comments:

Post a Comment