Wednesday 24 August 2011

TAJUK 13

MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

  1. MENGGUNAKAN ANIMASI PERKATAAN DAN OBJEK POWER POINT
  2. MENCARI, MENGUMPUL, MENYESUAIKAN DAN MENGGUNAKAN ANIMASI DARIPADA INTERNET
  3. MEMANIPULASI ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN

Pengenalan
Animasi / Grafik
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya static.
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Ia membolehkan sesuatu yang sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej- imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan.
Penggunaan animasi boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR). Format fail animasi tambahan adalah seperti format fail Quick Time (mov) atau Video for Windows (avi).
Animasi Gel
  • Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setiap kerangka frame
  • Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
  • Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik

Animasi Komputer
  • Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel : manggunakan layer, keyframe, tweening
  • Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effek.

Power point
  • Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
  • Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.
  • Mempunyai ciri media seperti animasi, visual, audio dan grafik yang dapat menarik minat penonton secara sepontan.
  • Boleh digunakan sebagai alat persembahan atau alat bantuan instruksi.
  • Boleh digunakan untuk kumpulan yang besar seperti kuliah, kumpulan kecil seperti kumpulan perbincangan atau individu.
  • Boleh kurang, pinda, tambah atau bina slaid baru semasa persembahan dijalankan.
  • Boleh menyediakan nota penyampai atau speaker note dibahagian bawah slaid yang diedit. Ini akan membantu penyampai untuk menjelaskan lagi isi utama.

MENGGUNAKAN ANIMASI PERKATAAN DAN OBJEK POWER POINT
MENCARI, MENGUMPUL, MENYESUAIKAN DAN MENGGUNAKAN ANIMASI DARIPADA INTERNET

No comments:

Post a Comment